Wednesday, December 28, 2011

Kemaskini blog

 salam ~ winkwink ! 


ye , disebabkan sudah bosan dgn wajah blog yg lama maka blog cik ieda kini berwajah baru. hoho . 


oke maaf, wajah blog lama saya lupa utk ambil gambarnye. mungkin kerana perasaan yg x sabar utk menukar wajah blog agaknye. haha . berlaku ke'eksaited'an disitu . 

sekarang cik ieda cuba utk mengubah blog ini menjadi semakin baik.


Sekian, terima kasih. 

Tuesday, December 13, 2011

The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay


THIS IS NO LONGER A STICKY POST. 
Scroll down for new entry.


Hai semua !

Hari ni rase mcm nak join GiveAway by Nisa Kay . Oke eksaited sikit la . Siapa Nisa Kay ? Alaaa, Nisa Kay blogger yg femes dgn blog die yg meletop tu lah . tuan punye blog pon meletop jugak . hehe . comel tao ! :)

Jom lah join ramai-ramai . Mne la tao kte bernasib baik kan . Hadiah-hadiah hebat bakal dimenangi tao . Tak percaye ? Klik sini . Dah tgk jgn berebut pulak . Ye, saya tao hadiah dia sgt menarik kan? Tunggu ape lagi . :)

First step


Second step



Third and Fourth step 

Put all the link of Sponsor's blog or fan page in entry and Blog list :)

Fifth step - Promote this entry sebab ada hadiah untuk TOP REFFEREL 

Sixth step - Tekan butang TWEET and LIKE di entry SINI 

Seventh step - Like Fan Page Saya Suka Menaip 


Last step - Must do all the step above :)

Saya LIKE all the Fan Page of Sponsor dan Fan Page Saya Suka Menaip dengan Account FB saya iaitu Ieda Syeda.



Giveaway kali ni bermula pada 6 Disember - 31 Disember 2011 . Pemenang akan ditentukan melalui random . So, apa lagi. Jom kita join Giveaway by Nisa Kay! Hadiah menarik menanti anda. Kepada semua blogger, tak kira lelaki atau perempuan, JOM join Giveaway ni . Mana tahu rezeki anda untuk menang. 

Tuah Ayam nampak di kaki , Tuah Manusia tiada siapa yang tahu ~ :)


So, jangan tunggu lagi .  JOIN sekarang! Mari lah kita sama-sama meriahkan"The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay". :D


*Yes, Im done ! Fuhhh <3 








UPDATE : PENYERTAAN DITUTUP !

Saturday, December 10, 2011

segmen up follower dengan sepantas kilat



tekan sini untuk join ^_^

Jom kawan-kawan <3


 ' BELOM COBA, BELOM TAW ! '



Friday, December 9, 2011

Segmen Cik Bunny : Jom Blogwalking! (Bahagian 2)



Hai sayang :)
cik ieda nak join segmen cik bunny lah 
Untuk pengetahuan korang, selepas segmen ni ditutup, Cik Bunny akan wat sticky post selama 3 hari untuk entry senarai blogger yang join segmen ni. So, jangan lepaskan peluang untuk cari kenalan, naikkan trafik dan tambah follower dengan join segmen ni .

Jom ramai-ramai join . Jgn lepaskan peluang !

Sunday, December 4, 2011

Ombak Rindu


Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers~ Semalam, cik ieda plan nak kuar dgn kawan-kawan lama from SMKAP :)

Ktorg da decide lame da mende ni semua . da lame sgt kan ktorg x jumpe bcoz semua busy dgn hal masing-masing . alhamdulillah semalam dpt jugak jumpe ngn dorg semua . first, sampai je kt ECM(East Cost Mall) ktorg tros pergi bli tiket wayang tgk cte Ombak Rindu . takut habis je kan bcoz ramai giler org nk tgk cte ni . hoho . sampai je kt kaunter , aku ngn sorg membe aku try usha la tiket tu takot abis je . kang malu je . berikut adalah perbualan kami :-

abg kaunter tiket : ye adik(bajet mude je aku kan) . nk tgk cte ape ?

kami : abg, nak tanye tiket wayang Ombak Rindu ade lagi x ?
abg kaunter tiket : ade tp tinggal tiket wayang pukul 1.05 tgahari shj . yg lain semua da abis . pukul 12.30, 2.30 n 3.30 semua abis . (rajin btul abg ni explain kt ktorg).

kami : giler lah . ramai btol org bli tiket wayang ni . harharhar . abg, ktorg nk bli tiket wayang Ombak Rindu ni utk 12 org . pergh ! ramai kan . hahaha . kire mcm 1 line kot . 

abg kaunter tiket : okay . tiket wayang utk cte Ombak Rindu 12 org , RM 120 . 

kami : before bayar, sempat check seat cukup ke x dlm screen komputer abg 2 . haha . dia tgk aku balik sambil sengih-sengih . sori bang takot je x cukup seat naya aku .


then, kami chow . blah dr situ . tiket wayang pun lambat lagi . ktorg lepak sambil bising-bising mcm warung kedai mamak lak kan kt food court . haha . seyes seronok jumpe membe lame mcm da beribu tahun x jumpe . :p

ape lagi kan, gosip ade la jugak . lps tu ktorg gerak kt Parkson jalan-jalan cari membe laki ktorang 1 skola yg keje kt situ . ingt nk surprise tp last hampeh jugak dia xde . cuti kot . haha . jalan-jalan lagi smpai la nk dekat pkul 1.05 , nk tgk wayang . tros gerak g pawagam . 

*****************************************************

abis tgk wayang, perut ktorg bunyi mcm drum gendang2 da . seyes lapa giler . g mkn KFC . ayam hot n spicy da ade . *epy* tetbe je kan . haha .

x sempat nak g mane-mane , mak aku kol ajak balik . umiey n papa da siap basuh keta kt bandar . aku yg mmg malas nk naik bas pon ckp ye la . mkn jap . tros gerak nk balik .

*seyes still x puas jumpe dorg lagi T.T *


Friday, December 2, 2011

Contest Blog Simple But Awesome




salam semua ;)
cik ieda harap semua sehat2 tao !
nak join contest ohsem ni lah . weeee  >.<
actually
td blogwalking blog Maya Lisa
then jumpe contest ni 
jom join ramai2 
rugi tao klu x join 
hadiah sgt ohsem !

nak tgk hadiah click sini
nak join click sini


p/s : blog tuan punyer contest ni pon ohsem . simple sgt ! :) 

Thursday, December 1, 2011

Sabar :)




Salam kalian semua.

Semoge sentiasa berada di dalam keadaan sihat sejahtera. 

Secara umumnya kita semua maklum apa itu yang dikatakan sabar. Tidak perlu kita mentakrifkannya  secara terperinci. Bukan sekali dua sifat yang mulia ini kita temui di dalam kitab suci Al-Quran dan juga hadis-hadis Rasulullah s.a.w.. Malahan setiap kali ketika kita mengucapkannya kepada teman-teman kita atau sesiapa sahaja bila mana mereka ini ditimpa oleh  sesuatu perkara yang tidak diingini . Hatta terhadap diri kita sendiri pun  sifat ini akan terlintas di hati  bila perkara yang sama berlaku terhadap diri kita. Secara kesimpulannya sifat ini merupakan salah satu sifat yang  dihimpunkan di dalam sifat-sifat " Mahmudah" .

Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi) 





boleh juga rujuk artikel di sini :)

Friday, November 25, 2011

Hasrat Hati



Seorang jejaka melamar seorang perempuan. Tapi hasratnya ditolak. Cintanya bertepuk sebelah tangan. Tapi dia tak sedih.

Lalu kawannya bertanya: Kenapa kamu tidak sedih?

Jejaka tersebut menjawab: Mengapa patut aku bersedih? Aku hanya kehilangan seorang perempuan yang tak pernah mencintai aku, sedangkan perempuan itu kehilangan seseorang yang benar-benar mencintainya.


:')


Monday, November 21, 2011

cuti sekolah bermula . yeay ! :D


salam dan selamat petang semua
semoge kalian sentiase berbahagia dan berada di dalam keberkatan

ك ب ر ك ا ت ن = كبركاتن

hehe
:D

cik ieda skang sedang bercuti
al maklum la
nme pon bakal cikgu kan
so, cuti pon da same ngan dak skola
hoho

now, im free
exam pon da berlalu dgn selancarnye
semoge aku mendapat result yg baik
then boleh la aku smbg ijazah kan? ;)

cik ieda mengucapkan :



Sunday, October 30, 2011

Contest Best Photo of Me by Mayalisa



Selamat malam semua . ieda nk join lah contest ni . lgpun sis ainee dah tag my name :)



Syarat-syarat nye :-

1. Buat entry eksaited yang bertajuk " Contest Best Photo of Me by Mayalisa " .

2. Tempek cecomel Banner Contest diatas dan backlink kan ke entry ini tau !

3.  Letaklah gambar anda ( edit digalakkan ). ikut kreativiti anda !

4.  Tag kan 2 rakan bloggers anda, pastikan mereka tahuu tau !

5. Hantarkan URL entry anda.

6.  Follow blog daif Maya ini untuk mengelakkan ketinggalan  apa apa pemberitahuan.




Contest TAMAT pada 10 NOVEMBER  nanti. 
Cepat lah JOIN !!



jeng jeng jeng 


ieda tag :-



Sekian, terima kasih. :)



Saturday, October 29, 2011

HASRULHASSAN.COM Mencari Blog Baru


Salam sayang utk semua :)
mse ieda blogwalking td
tetibe terjumpe blog brother Hasrul Hassan ni
then
ase nk join laaa .



KLIK BANNER KALAU NAK JOIN K :)


Tuesday, October 11, 2011

Angry Bird Keychain Giveaway By Lulu Caldina


salam kawan-kawan yg disayangi :)


td blogwalking kt blog membe-membe dan terlihat entry "Angry Bird Keychain Giveaway By Lulu Caldina" di blog Sis Ainee Sayang <3


teringin nk join GiveAway di blog Lulu Caldina :) 
btw, blog biru yg sangat comel dan simple ! 


wish me luck ;)



Syarat-syarat Penyertaan :

  • Ambik banner kat atas, beserta link dan buat entri dengan tajuk
    "Angry Bird Keychain Giveaway By Lulu Caldina"

  • Dah siap, tinggalkan URL link entri kat ruangan komen.

  • Tarikh Tutup : 18 Oktober 2011.. 2 Petang.


  • Monday, October 10, 2011

    Hidup Umpama Secangkir Kopi :)

    Kisah ini hanyalah satu kisah biasa, tapi ia digarap agar menjadi satu kisah dan tauladan buat kita menghadapi sepak terajang kehidupan, bila melihat secara biasa tidak lagi mampu mengajar kita...lihatlah dengan cara luar biasa, analisis lain setiap peristiwa dalam hidup. Ada tikanya, perkara yang kita lakukan setiap hari itu ada pengajaran didalamnya..

    ***************
    Sekumpulan bekas pelajar yang sudah berjaya di dalam kerjaya masing-masing telah berkumpul untuk melawat pensyarah universiti yang pernah mengajar mereka. Mereka berasa gembira kerana dapat bersua sesama mereka setelah lama tidak berjumpa, apatah lagi dapat menemui pensyarah universiti yang selama ini telah banyak membantu mereka ketika menuntut ilmu di universiti yang menatijahkan kerjaya yang baik buat mereka.

    Setelah lama berbual, timbullah beberapa rungutan tentang tekanan di tempat kerja dan juga dalam kehidupan seharian yang disuarakan oleh beberapa bekas pelajar ini. Pensyarah itu hanya mendengar dan kemudian beliau ke dapur untuk menyediakan air kopi untuk tetamu-tetamunya.
    Beliau kemudiannya keluar dengan membawa satu bekas besar yang berisi air kopi dan beberapa jenis cawan. Ada cawan itu diperbuat daripada porselin, plastik, kaca dan kristal. Ada yang kelihatan ringkas sahaja, ada yang kelihatan murah, ada juga yang kelihatan mahal dan sangat cantik.

    Pensyarah itu mempelawa tetamu-tetamunya agar melayan-diri. Masing-masing pergi ke meja tempat dihidangkan air kopi itu dan menuangkan sendiri air kopi ke dalam cawan yang berbagai-bagai bentuk dan buatannya itu. Setelah semuanya mengambil secawan kopi, pensyarah itu berkata:

    “Jika anda perasan, kesemua cawan-cawan yang kelihatan cantik dan mahal telah pun diambil, tetapi cawan-cawan yang ringkas dan nampak murah tiada sesiapa yang mahu mengambilnya. Biasalah tu, memang semua nakkan yang terbaik untuk diri sendiri kan…”

    Beliau kemudian menyambung.

    “Itulah puncanya kepada masalah-masalah anda. Dan itulah sebabnya kenapa anda berasa tertekan dengan kerjaya dan kehidupan.”

    “Saya pasti, cawan-cawan itu tidak memberikan apa-apa nilai kepada air kopi yang anda minum. Dalam beberapa situasi, cawan-cawan itu hanya membuatkan kopi yang diminum itu lebih mahal harganya. Dan di dalam situasi yang lain, cawan itu malah menyorokkan apa yang kita minum.”

    “Apa yang anda semua betul-betul mahukan adalah air kopi itu, bukan cawannya. Tetapi anda tetap mahukan cawan yang terbaik sifatnya, dan kemudian anda memandang dan menjeling ke arah cawan kawan-kawan anda untuk melihat siapakah yang memiliki cawan yang paling cantik atau paling bagus.”

    “Sekarang, cuba anda fikirkan: KEHIDUPAN adalah air kopi. Manakala pekerjaan, wang, pangkat dan kedudukan di dalam masyarakat adalah cawan. Itu semua merupakan alat untuk memegang dan terkandung di dalamnya KEHIDUPAN!”

    “Rupa dan jenis cawan tidak memberi makna atau mengubah nilai KEHIDUPAN yang sedang kita jalani ini. Kadang-kadang dengan kita hanya menumpukan kepada rupabentuk CAWAN, kita gagal untuk menikmati AIR KOPI itu. Jadi, nikmatilah AIR KOPI itu, bukan CAWANNYA!”

    “Manusia yang bahagia bukanlah mereka yang memiliki yang terbaik dalam setiap perkara. Manusia yang bahagia adalah mereka yang sentiasa membuat yang terbaik di dalam setiap perkara.”

    “Hiduplah dengan sederhana. Bercakaplah dengan baik, ambil beratlah dengan sungguh-sungguh, berkasih sayanglah, bermurah hatilah…dan hayatilah kehidupan ini dengan penuh makna, dan jangan terlalu ditumpukan kepada rupa hias kehidupan”

    Mudah-mudahan kalian dapat memahami mesej yang cuba disampaikan oleh tulisan di atas. Tulisan di atas telah saya terjemah dan sunting dari video ‘Life Is Like A Cup Of Coffee’ yang dipetik dari spiritual-short-stories.com. Penulis asalnya tidak diketahui.




    Sunday, October 9, 2011

    manusia import VS manusia eksport

    salam kawan-kawan sekalian :) 


    seperti yg telah tertera di tajuk entry kte ye . d sini aku ingin memberitahu serba sedikit tentang jenis manusia .  


    sebenarnye maksud yg ingin disampaikan ialah :


    manusia import = org yg mendapat sebarang ilmu tetapi tidak menyampaikan ilmu tersebut kpd org laen . atau dgn kata yg senang , ilmu itu hanya untuk pengetahuan dirinya sendiri sahaja . 


    manusia eksport = org yg mendapat sebarang ilmu dan berkongsi ilmu tersebut dgn org laen . 


    nampaknye manusia eksport lagi best kan ? marilah kite same-same menjadi manusia eksport <3



    "sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat"


    (HR Bukhari dan at-Tirmidzi)







    Tuesday, October 4, 2011

    GiveAway by anis athia

    salam kawan-kawan yg comel dan ensem :)

    ieda nak try join lahh
    bkn selalo pon join mende2 camnih
    mne tao ade rezeki 
    wish me luck ! ;)


    saya nak join GiveAway ini

    jgn lupe singgah bloG sis yg comel ni jugak ^_^

    ABOUT HER 

     anis athia
    (anis_athia@yahoo.com)
     live in Kota Bharu
     UKM Dental student
     3rd February 1991
     in a relationship




    trauma ?

    Seperti tajuk entry kite pada hari ni . yeah ! spe tao ape itu trauma ? sila angkat kaki ye . :p
    rase-rasenye mesti setiap org tu ade rase trauma or takot ngn something kan ?


    cth mcm kwn aku , die takot sgt2 ble dgr guruh . die ckp die penah nmpk kt kampung die ade org meninggal sbb kene sambar ngn petir . thats why die takot giler dgr bunyi guruh :) kesian kan kt kwn aku tuh . 


    actually, aku pon ade jugak tao . aku takot giler ngn spesis yg nmenye kumbang ngan labah-labah .





    da la td kan . aku mandi and then bole pulak kan nampak labah-labah kt pintu bilik air . waaaaaaaaaaaaaaaaa . x senang duduk la aku nak mandi . ape lagi kan . mandi kerbau la aku . hahaha . okay tipu . mandi wangi la sikit :p

    aku takot ngan kumbang sbb x bape suke ble binatang tu terbang2, dtg and melekat kt baju kte . geli lahh . seyes x tipu ! dah melekat kt baju , xnak pulak lepaskan cengkaman tue . eerghh ! sakit tao x . *dgn binatang pon nk gadoh ke ape* HAHA .

    ape pendapat korg tentang pengalaman yg mcm nih ? jom share2 :)