Thursday, December 1, 2011

Sabar :)




Salam kalian semua.

Semoge sentiasa berada di dalam keadaan sihat sejahtera. 

Secara umumnya kita semua maklum apa itu yang dikatakan sabar. Tidak perlu kita mentakrifkannya  secara terperinci. Bukan sekali dua sifat yang mulia ini kita temui di dalam kitab suci Al-Quran dan juga hadis-hadis Rasulullah s.a.w.. Malahan setiap kali ketika kita mengucapkannya kepada teman-teman kita atau sesiapa sahaja bila mana mereka ini ditimpa oleh  sesuatu perkara yang tidak diingini . Hatta terhadap diri kita sendiri pun  sifat ini akan terlintas di hati  bila perkara yang sama berlaku terhadap diri kita. Secara kesimpulannya sifat ini merupakan salah satu sifat yang  dihimpunkan di dalam sifat-sifat " Mahmudah" .

Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi) 





boleh juga rujuk artikel di sini :)

No comments: