Friday, November 25, 2011

Hasrat Hati



Seorang jejaka melamar seorang perempuan. Tapi hasratnya ditolak. Cintanya bertepuk sebelah tangan. Tapi dia tak sedih.

Lalu kawannya bertanya: Kenapa kamu tidak sedih?

Jejaka tersebut menjawab: Mengapa patut aku bersedih? Aku hanya kehilangan seorang perempuan yang tak pernah mencintai aku, sedangkan perempuan itu kehilangan seseorang yang benar-benar mencintainya.


:')


Monday, November 21, 2011

cuti sekolah bermula . yeay ! :D


salam dan selamat petang semua
semoge kalian sentiase berbahagia dan berada di dalam keberkatan

ك ب ر ك ا ت ن = كبركاتن

hehe
:D

cik ieda skang sedang bercuti
al maklum la
nme pon bakal cikgu kan
so, cuti pon da same ngan dak skola
hoho

now, im free
exam pon da berlalu dgn selancarnye
semoge aku mendapat result yg baik
then boleh la aku smbg ijazah kan? ;)

cik ieda mengucapkan :



Sunday, October 30, 2011

Contest Best Photo of Me by Mayalisa



Selamat malam semua . ieda nk join lah contest ni . lgpun sis ainee dah tag my name :)



Syarat-syarat nye :-

1. Buat entry eksaited yang bertajuk " Contest Best Photo of Me by Mayalisa " .

2. Tempek cecomel Banner Contest diatas dan backlink kan ke entry ini tau !

3.  Letaklah gambar anda ( edit digalakkan ). ikut kreativiti anda !

4.  Tag kan 2 rakan bloggers anda, pastikan mereka tahuu tau !

5. Hantarkan URL entry anda.

6.  Follow blog daif Maya ini untuk mengelakkan ketinggalan  apa apa pemberitahuan.




Contest TAMAT pada 10 NOVEMBER  nanti. 
Cepat lah JOIN !!



jeng jeng jeng 


ieda tag :-



Sekian, terima kasih. :)



Saturday, October 29, 2011

HASRULHASSAN.COM Mencari Blog Baru


Salam sayang utk semua :)
mse ieda blogwalking td
tetibe terjumpe blog brother Hasrul Hassan ni
then
ase nk join laaa .



KLIK BANNER KALAU NAK JOIN K :)


Tuesday, October 11, 2011

Angry Bird Keychain Giveaway By Lulu Caldina


salam kawan-kawan yg disayangi :)


td blogwalking kt blog membe-membe dan terlihat entry "Angry Bird Keychain Giveaway By Lulu Caldina" di blog Sis Ainee Sayang <3


teringin nk join GiveAway di blog Lulu Caldina :) 
btw, blog biru yg sangat comel dan simple ! 


wish me luck ;)



Syarat-syarat Penyertaan :

  • Ambik banner kat atas, beserta link dan buat entri dengan tajuk
    "Angry Bird Keychain Giveaway By Lulu Caldina"

  • Dah siap, tinggalkan URL link entri kat ruangan komen.

  • Tarikh Tutup : 18 Oktober 2011.. 2 Petang.


  • Monday, October 10, 2011

    Hidup Umpama Secangkir Kopi :)

    Kisah ini hanyalah satu kisah biasa, tapi ia digarap agar menjadi satu kisah dan tauladan buat kita menghadapi sepak terajang kehidupan, bila melihat secara biasa tidak lagi mampu mengajar kita...lihatlah dengan cara luar biasa, analisis lain setiap peristiwa dalam hidup. Ada tikanya, perkara yang kita lakukan setiap hari itu ada pengajaran didalamnya..

    ***************
    Sekumpulan bekas pelajar yang sudah berjaya di dalam kerjaya masing-masing telah berkumpul untuk melawat pensyarah universiti yang pernah mengajar mereka. Mereka berasa gembira kerana dapat bersua sesama mereka setelah lama tidak berjumpa, apatah lagi dapat menemui pensyarah universiti yang selama ini telah banyak membantu mereka ketika menuntut ilmu di universiti yang menatijahkan kerjaya yang baik buat mereka.

    Setelah lama berbual, timbullah beberapa rungutan tentang tekanan di tempat kerja dan juga dalam kehidupan seharian yang disuarakan oleh beberapa bekas pelajar ini. Pensyarah itu hanya mendengar dan kemudian beliau ke dapur untuk menyediakan air kopi untuk tetamu-tetamunya.
    Beliau kemudiannya keluar dengan membawa satu bekas besar yang berisi air kopi dan beberapa jenis cawan. Ada cawan itu diperbuat daripada porselin, plastik, kaca dan kristal. Ada yang kelihatan ringkas sahaja, ada yang kelihatan murah, ada juga yang kelihatan mahal dan sangat cantik.

    Pensyarah itu mempelawa tetamu-tetamunya agar melayan-diri. Masing-masing pergi ke meja tempat dihidangkan air kopi itu dan menuangkan sendiri air kopi ke dalam cawan yang berbagai-bagai bentuk dan buatannya itu. Setelah semuanya mengambil secawan kopi, pensyarah itu berkata:

    “Jika anda perasan, kesemua cawan-cawan yang kelihatan cantik dan mahal telah pun diambil, tetapi cawan-cawan yang ringkas dan nampak murah tiada sesiapa yang mahu mengambilnya. Biasalah tu, memang semua nakkan yang terbaik untuk diri sendiri kan…”

    Beliau kemudian menyambung.

    “Itulah puncanya kepada masalah-masalah anda. Dan itulah sebabnya kenapa anda berasa tertekan dengan kerjaya dan kehidupan.”

    “Saya pasti, cawan-cawan itu tidak memberikan apa-apa nilai kepada air kopi yang anda minum. Dalam beberapa situasi, cawan-cawan itu hanya membuatkan kopi yang diminum itu lebih mahal harganya. Dan di dalam situasi yang lain, cawan itu malah menyorokkan apa yang kita minum.”

    “Apa yang anda semua betul-betul mahukan adalah air kopi itu, bukan cawannya. Tetapi anda tetap mahukan cawan yang terbaik sifatnya, dan kemudian anda memandang dan menjeling ke arah cawan kawan-kawan anda untuk melihat siapakah yang memiliki cawan yang paling cantik atau paling bagus.”

    “Sekarang, cuba anda fikirkan: KEHIDUPAN adalah air kopi. Manakala pekerjaan, wang, pangkat dan kedudukan di dalam masyarakat adalah cawan. Itu semua merupakan alat untuk memegang dan terkandung di dalamnya KEHIDUPAN!”

    “Rupa dan jenis cawan tidak memberi makna atau mengubah nilai KEHIDUPAN yang sedang kita jalani ini. Kadang-kadang dengan kita hanya menumpukan kepada rupabentuk CAWAN, kita gagal untuk menikmati AIR KOPI itu. Jadi, nikmatilah AIR KOPI itu, bukan CAWANNYA!”

    “Manusia yang bahagia bukanlah mereka yang memiliki yang terbaik dalam setiap perkara. Manusia yang bahagia adalah mereka yang sentiasa membuat yang terbaik di dalam setiap perkara.”

    “Hiduplah dengan sederhana. Bercakaplah dengan baik, ambil beratlah dengan sungguh-sungguh, berkasih sayanglah, bermurah hatilah…dan hayatilah kehidupan ini dengan penuh makna, dan jangan terlalu ditumpukan kepada rupa hias kehidupan”

    Mudah-mudahan kalian dapat memahami mesej yang cuba disampaikan oleh tulisan di atas. Tulisan di atas telah saya terjemah dan sunting dari video ‘Life Is Like A Cup Of Coffee’ yang dipetik dari spiritual-short-stories.com. Penulis asalnya tidak diketahui.




    Sunday, October 9, 2011

    manusia import VS manusia eksport

    salam kawan-kawan sekalian :) 


    seperti yg telah tertera di tajuk entry kte ye . d sini aku ingin memberitahu serba sedikit tentang jenis manusia .  


    sebenarnye maksud yg ingin disampaikan ialah :


    manusia import = org yg mendapat sebarang ilmu tetapi tidak menyampaikan ilmu tersebut kpd org laen . atau dgn kata yg senang , ilmu itu hanya untuk pengetahuan dirinya sendiri sahaja . 


    manusia eksport = org yg mendapat sebarang ilmu dan berkongsi ilmu tersebut dgn org laen . 


    nampaknye manusia eksport lagi best kan ? marilah kite same-same menjadi manusia eksport <3



    "sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat"


    (HR Bukhari dan at-Tirmidzi)